Monday, 14 March 2016

kembara KOREA



Assalamualaikum
Syukur akhirnya dengan izin Allah dapat aku menjejakkan kaki di bumi Busan dan Jeju bersama Suami dan anak-anak tersayang awal March 2016. Memang mengikut budget yang aku buat iaitu total rm10k untuk 1 family dengan tambang teksi pergi balik KLIA, makan dalam flight, souvenier untuk family, kawan dan jiran, makan dan jajan kat sana, tambang subway, bas, hotel, guesthouse, kereta sewa, flight ticket air asia dan air busan.

Semuanya tidak ikut pakej dan ala-ala backpackers. Aku banyak bertanya kawan dan baca blog-blog, baca review kat trip advisor, install apps yang berguna pasal korea, jeju map, basic korean language, google subway map kat busan... huhu semua ini aku buat awal 3 bulan sebelum berangkat ke sana.

Sebenarnya aku tak ke Seoul padahal flight ticket air asia promo ke Seoul dan Busan lebih kurang sama. sebab aku terbook IBIS hotel kat booking.com sebelum beli flight ticket air asia... huhu big mistake tapi ada hikmahnya... masa tu book time winter tapi aku memang tak tahan sejuk so tak nak keluar duit banyak beli baju winter tebal2 untuk family aku. So, aku dan dengan advise hubby aku call mintak tukar date awal bulan March 2016... settle yang ni then beli terus flight ticket air asia promo rm298 ++ ... settle ni.

Then tunggu ada promo flight ticket Busan Jeju... hmm alhamdulillah dapat airbusan promo... tapi takla murah sangat aku rasa..murah sket kot.. dapat rm1300++ untuk 2 dewasa dan 2kanak-kanak. pergi balik Busan Jeju.

Then kat Jeju aku book Yeha Guesthouse sebab situ orang Malaysia suka duduk... nak merasa duk guesthouse camna dan nak jimatkan RM.. Korang boleh search kat booking.com

Then finally book kereta sewa kat Jeju sebab aku ada baby kalau ikut Yeha tour bus payah nanti orang korea marah anak aku nangis kuat... lagipun nak berjalan tu biarlah ikut kepuasan diri maknanya ikut suka hati kita nak pergi mana dan berapa lama kat satu-satu temapt tu..:)
 Kereta sewa aku dapat murah diskaun 65% . Thanks so much kat member aku Awin. 

website : lotterentacar.net
Kena jadi ahli dulu baru dapat diskaun 65%

website : www.airbusan.com
Yang ni pun elok jadi ahli supaya dapat pilih free seat..bab diskaun tak sure pulak.. tapi macam air asia time promo dapatla murah...

Lagi satu buatla comparison dengan Jeju Air dsb.. banyak flight ke Jeju ni... Korean Air... dsb..

Alhamdulillah rezeki aku, kene rajin bukak website air busan dan kebetulan busan tourism organisation ada buat promo dan dapatlah free 18000 won metro card... so kat sini dah jimat aku tak payah beli tiket subway. suami dan 2 anak aku jer kene beli.. memang murah sikit pakai kad cumanya kalau setakat jalan1  atau 2 hari tak berbaloi kot... pakai machine kat subway pun ok jer. ni pendapat aku.

Okay kita mulakan dengan kembara Busan dulu ya!